2025-01-20 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,20 Januari- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini,didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS,naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini,berkemungkinan pada sekitar RM4.5000.
“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutif Trump yang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin,penyahkawalseliaan industri dan tarif import.
Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi,berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan,katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lepas,naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0850 daripada 13.0664/0856,sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3,meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur