2025-01-20 IDOPRESS

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan panduan ringkas untuk membantu lembaga pengarah syarikat dalam mengguna pakai Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF) / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Januari – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan panduan ringkas untuk membantu lembaga pengarah syarikat dalam mengguna pakai Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).
SC menerusi kenyataan menyifatkan NSRF sebagai langkah strategik ke arah memajukan agenda kemampanan korporat negara.
Rangka kerja itu bertujuan memastikan syarikat-syarikat Malaysia selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB),termasuk IFRS S1 dan IFRS S2.
"Piawaian IFRS menjamin pendedahan kewangan berkaitan kemampanan yang konsisten dan setanding di peringkat global. Ia merangkumi tadbir urus dengan menyediakan langkah bagi memastikan keberkesanan pelaporan kemampanan.
"Sempadan data dengan Menentukan skop data kemampanan yang relevan,penilaian kesan kewangan dengan menilai impak kewangan daripada isu-isu kemampanan serta penyepaduan risiko dengan menyatukan elemen kemampanan dalam sistem pengurusan risiko perusahaan," menurut SC.
Melalui panduan tersebut,syarikat di Malaysia bukan sahaja memenuhi piawaian global,tetapi juga memimpin ke arah masa depan yang mampan dengan matlamat dan daya tahan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur