2025-01-20 IDOPRESS

FOTO Jabatan Penerangan Daerah Mukah
MUKAH,19 Januari- Empat penduduk di Skim Penempatan Semula Kuala Lama Mukah meminta bantuan pihak bomba untuk memindahkan mereka ke rumah anak masing-masing yang terletak di kawasan perumahan berdekatan,selepas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PKO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata rumah-rumah mangsa didapati telah dimasuki air manakala jalan menuju ke rumah berkenaan juga ditenggelami banjir.
Beliau berkata sebaik sahaja panggilan meminta bantuan untuk memindahkan mangsa-mangsa terjejas akibat banjir kilat berkenaan pada pukul 7.09 pagi,PKO digerakan segera ke lokasi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Pemindahan di lokasi pertama melibatkan seorang wanita warga emas berusia 83 tahun ke rumah anaknya di Perumahan Orkid. Pemindahan di lokasi kedua pula melibatkan tiga mangsa terdiri daripada seorang dewasa dan dua kanak-kanak ke rumah anak di Perumahan Lavender,” katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur