2025-01-20 IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UGO Travel,Mohamad Minhat
KUALA LUMPUR,19 Januari - Cadangan mewajibkan jaminan bank RM250,000 untuk syarikat pengendali umrah mampu meningkatkan kepercayaan terhadap syarikat selain melindungi kebajikan jemaah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UGO Travel,Mohamad Minhat berkata,pihaknya menyambut baik cadangan tersebut bagi melindungi kepentingan jemaah.
Menurut beliau,jaminan bank itu bukan sahaja dapat menjamin kebajikan jemaah tetapi juga memastikan ketelusan syarikat dalam perkhidmatan yang ditawarkan.
“Jemaah tidak lagi perlu bimbang tentang mendapatkan kembali wang mereka sekiranya syarikat pengendali umrah gagal menunaikan janji untuk menerbangkan pelanggan mereka ke tanah suci.
"Langkah ini juga mampu meningkatkan kebolehpercayaan orang ramai terhadap syarikat-syarikat pengendali umrah yang benar-benar jujur dalam mengendalikan operasi mereka," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada Sabtu,Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) dilaporkan sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank.
MOTAC menerusi kenyataan berkata,inisiatif itu bertujuan melindungi kepentingan jemaah umrah dan menangani isu penipuan pengguna yang semakin membimbangkan.
Jelas MOTAC,umum mengetahui bahawa jaminan bank bagi syarikat pengendali termaktub dalam Peraturan-peraturan Industri Pelancongan di bawah Akta 482.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur