2025-01-20 IDOPRESS

Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman
ALOR SETAR,19 Januari- Usaha dan kerja keras berterusan Bahagian Pemasaran KEDAHfm meletakkan stesen radio itu mencapai pendapatan tertinggi dari segi jualan dan pemasaran berbanding stesen radio negeri yang lain.
Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman berkatakomitmen tinggi eksekutif pemasaran KEDAHfm mendapat kepercayaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan dan penaja.
Menurutnya,usaha itu perlu konsisten sekali gus meneruskan pencapaian terbaik bagi tahun 2025 selain meningkatkan kredibiliti KEDAHfm ke arah kecemerlangan.
Jualan pendapatan KEDAHfm mencecah RM947,641 pada tahun 2024.
"Penaja-penaja yang banyak membantu meningkatkan lagi,bukan sahaja pendapatan KEDAHfm tetapi status ataupun nilai KEDAHfm itu sendiri. Apabila mereka datang untuk sama-sama menjadi penaja,itu bermakna mereka secara tidak langsung,percaya terhadap perkara yang kita lakukan.
Maksudnya,kita ada nilai. Itu sangat penting bagi pihak penaja. Para pegawai pemasaran bekerja dengan baik sekali dan paling penting sekali adalah kepercayaan orang dan kredibiliti kita," kata Datuk Suhaimi kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui RTM selepas menjadi tetamu di konti Radio Malaysia KEDAHfm di Alor Setar.
Turut sama hadir,Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah,Nor Hafizoh Idris dan timbalannya,Rohani Musa.
Beliau turut melahirkan perasaan bangga apabila tahun lalu,KEDAHfmmampu menarik seramai 2.4 juta pendengar menerusi platform RTM Klik,yang dapat didengari bukan sahaja di Kedah malah seluruh dunia.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur