2025-01-20 IDOPRESS

Kira-kira 41 pesakit dan 86 orang awam Palestin selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang pada 16 Ogos 2024 untuk mendapatkan rawatan di Malaysia/BERNAMA
GEORGE TOWN,19 Januari- Kerajaan sedang mengambil langkah proaktif untuk menghantar pulang rakyat Palestin yang berada di transit Kementerian Pertahanan (MINDEF),dalam tempoh gencatan senjata 42 hari di Gaza,bermula hari ini.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Luar Negeri (KLN) dan MINDEF kini menyelaraskan proses tersebut untuk memastikan penghantaran pulang dapat dilakukan dengan segera.
Kerjasama dengan kerajaan Mesir kini sedang diperincikan bagi memastikan semua proses berjalan lancar sebelum tempoh gencatan senjata tamat.
"Jadi,dalam keadaan gencatan senjata ini mungkin sesuai untuk penghantaran pulang rakyat Palestin ini,dilakukan dengan segera oleh pihak Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Luar Negeri.
Kita lihat dalam tempoh 42 hari itu bila kerajaan Mesir dapat menguruskan pemulangan mereka. Itu akan diperincikan oleh Kementerian Luar dan juga Kementerian Pertahanan," kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui dalam majlisPermukiman Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah di Hotel Bahang Bay,di sini,pagi tadi.
Terdahulu,insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
Kerajaan turut menerima permohonan maaf daripada Duta Besar Palestin di Malaysia,yang mengakui kesulitan yang dialami rakyatnya selama berada di Malaysia.
Digital Realty buka platform operasi pusat data di Malaysia
1,369 pelatih PLKN 3.0 tamat latihan
NAIO beroperasi sebagai institusi rasmi mulai 28 Julai
“Hutan tempat permainan kami, sedia bantu jika ada orang susah” – Sukarelawan Orang Asli
Cadangan potongan cukai jalan kenderaan diesel belum dimuktamadkan
Gempa bumi Mindanao: Kakitangan Wisma Persekutuan Tawau kongsi detik cemas
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur