2025-01-20 IDOPRESS

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,19 Januari- Penganjuran Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE'25) mampu tingkatkan inisiatif kerajaan perkukuh keselamatan negara secara dinamik.
Jelas Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,manfaat daripada perkongsian ilmu dan teknologi dalam aspek keselamatan melalui acara itu akan dimanfaat dan disesuaikan dengan polisi sedia ada untuk pelaksanaannya kelak.
"Bukan sekadar pameran tetapi ia akan menjadi pemangkin,pencetus kepada perkongsian strategik antara kerajaan dengan industri. Kita akan beri fokus kepada
penyelesaian keselamatan termasuk dalam bidang keselamatan siber.
Teknologi pemantauan canggih dan peralatan ketenteraan yang bukan sahaja memperkukuh keselamatan tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi.
AISSE'25 adalah usaha kolektif untuk mempromosikan keselamatan,perpaduan dan inovasi. Ambil peluang ini untuk memanfaatkan potensi kerjasama,perkongsian idea dan membina perkongsian strategik," kata Datuk Seri Saifuddin kepada pemberita selepas meninjau persiapan AISSE'25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),hari ini.
Lebih 300 syarikat daripada 48 negara akan mempamerkan pelbagai teknologi keselamatan terkini pada acara itu.
Ia termasuk penglibatan 109 syarikat tempatan dan dijangka menarik kehadiran lebih 5,000 pelawat perdagangan serta 1,000 peserta seminar.
Tambah Datuk Seri Saifuddin,penganjuran acara itu dilihat penting sebagai usaha berterusan untuk mengangkat kedudukan negara dalam indeks keamanan global seperti Global Peace Index 2024 yang kini meletakkan Malaysia di tangga ke-10.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur