2025-01-20 IDOPRESS

Foto Hiasan
PAPAR,19 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian itu bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menjalankan Kajian Penstabilan Harga di Sabah,Sarawak dan Labuan yang turut melibatkan ayam segar dan hasil kajian itu bakal dibentangkan bulan ini.
Beliau berkata semua pihak terutama pemimpin politik diminta tidak hanya bercakap tanpa sebarang asas yang kukuh,dan disaran menyalurkan segala maklumat mengenai situasi harga ayam itu kepada KPDN bagi membolehkan penyiasatan terperinci dilakukan.
“Kalau ada maklumat berkaitan harga di sini,dalam tempoh sejam kita akan siasat,dan jika ada elemen pencatutan kita ambil tindakan. Cuma harga berbeza di Sabah,Sarawak dan Semenanjung bukan isu baharu,ia terjadi sejak sekian lama.
“Kami tidak menafikan dalam isu ini cuma apa solusinya,saya pimpin KPDN mahu cari solusinya untuk kesenangan rakyat kita. Kita tidak mahu bercakap kosong,kita mahu penyelesaian jangka panjang berkesan dengan dipacu data,dan kajian mendalam dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Kinarut Palm City,Kinarut di sini hari ini.
Sabtu lalu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag,Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dilaporkan berkata kerajaan negeri perlu mengambil langkah serius berhubung isu harga barang makanan terutama ayam segar.
Bung Moktar mendakwa harga ayam segar dijual di Semenanjung sekitar RM7 hingga RM9 untuk satu kilogram,berbanding di Sabah antara RM12 hingga RM16.50.
Armizan berkata mencari solusi berkaitan isu berkenaan bukan tanggungjawab KPDN semata-mata,malah perlu kerjasama semua pihak terutama kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan bekalan barang makanan terutama ayam segar sentiasa stabil.
Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah membelanjakan RM300 juta untuk pemberian subsidi bagi menstabilkan harga beras putih import di Sabah dan Sarawak,seterusnya membolehkan harga barangan itu diperoleh lebih rendah berbanding Semenanjung.
Kerajaan juga mengekalkan subsidi diesel di Sabah,Sarawak dan Labuan bagi membolehkan rakyat membeli barangan itu dengan harga lebih murah berbanding Semenanjung.
“Ini yang telah dilakukan kerajaan. Kalau cakap kerajaan tidak buat apa-apa itu tidak betul. Kalau ada jumpa sekian-sekian harga tolong saya dapatkan spesifik di mana,kita akan hantar penguat kuasa untuk siasat,” katanya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur