2025-01-20 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni rakyat Malaysia di Belgium
BELGIUM,20 Januari- Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara mempunyai hak mengundi dalam pilihan raya.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara sudah dibangkitkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jelasnya,kesemua diaspora Malaysia di luar negara mempunyai hak yang sama seperti warganegara yang berada di tanah air.
Beliau juga menyarankan agar proses pengundian tidak dijalankan di kedutaan bagi memudahkan orang ramai datang mengundi walaupun melibatkan pertambahan dana.
Dalam pada itu,Perdana Menteri turut meluangkan masa menyantuni rakyat Malaysia yang berada di Belgium sempena lawatan kerja selama dua hari ke negara tersebut.
Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama-sama diaspora itu dihadiri kira-kira 200 orang.
Dalam ucapannya,Perdana Menteri menasihati rakyat Malaysia di Belgium agar tidak mengabaikan isu-isu semasa dalam mendepani cabaran masa kini di Eropah.
Turut hadir pada majlis itu ialah,Duta Malaysia ke Belgium Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur