2025-01-20 IDOPRESS

Batik Air memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu / Foto Hiasan / Bernama
SUBANG,18 Januari – Batik Air memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,pada Jumaat.
Perkhidmatan harian itu menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan tersebut dari Subang,selepas kejayaan laluan ke Pulau Pinang dan Kota Bharu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air,Datuk Chandran Rama Muthy,pelancaran laluan baharu tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memperluas rangkaian perkhidmatannya.
“Laluan ini bukan sahaja memberikan pilihan perjalanan lebih luas kepada penumpang,tetapi juga menyokong inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025,sekali gus merangsang sektor pelancongan negeri,” katanya.
Selain laluan Subang-Kota Kinabalu,Batik Air turut melancarkan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Tawau,menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada penduduk Sabah dan pelancong yang ingin meneroka destinasi di negeri itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur