2025-01-20 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 Januari- Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu depan ketika pasaran menunggu upacara mengangkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu pada 20 Januari,kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
Kenanga IB berkata gelombang perintah eksekutif mungkin boleh meningkatkan ketidakpastian dasar,memastikan aset berisiko terkawal.
"Sementara itu,risiko geopolitik,termasuk gencatan senjata Israel-Hamas,tetap menjadi tumpuan," katanya.
Kenanga IB berpandangan dolar AS kekal kukuh seperti yang dijangkakan sepanjang minggu ini,mengekalkan ringgit dalam julat kecil 4.50 hingga 4.51.
"Indeks dolar AS melepasi sebentar paras 110.0 pada hari Isnin,didorong oleh senarai gaji bukan ladang yang lebih kukuh daripada jangkaan,tetapi susut kepada 109.0 berikutan Indeks Harga Pengeluar teras AS yang rendah," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan pada hari Jumaat.
Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat,ringgit menyusut berbanding dolar AS kepada 4.5040/5085 daripada 4.4945/5000 seminggu lalu.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4953/5008 daripada 5.5296/5364 pada akhir minggu dagangan minggu ini,susut berbanding yen Jepun kepada 2.8918/8949 daripada 2.8461/8497 dan susut berbanding euro kepada 4.6382/6429 daripada 4.6298/6355 sebelumnya.
Ringgit juga ditutup bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.0664/0856 daripada 12.9824/13.0043 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2948/2983 daripada 3.2843/2888 sebelumnya.
Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 274.9/275.3 daripada 277.5/278.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.69 daripada 7.70/7.71 -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur