2025-01-20 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 Januari- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan,dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina,kata pakar industri Dennis Low.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah memberi amaran bahawa monsun timur laut yang melanda Teluk Thailand dan Selatan Laut Andaman akan bertambah kuat pada hujung minggu ini,membawa hujan lebat ke kawasan selatan Thailand.
“Ini boleh menyebabkan banjir kilat dan hujan lebat yang berterusan. Hujan yang berterusan ini akan menyebabkan bekalan tidak mencukupi serta harga barangan naik dan permintaan meningkat,” katanya kepada Bernama.
Harga minyak yang tidak menentu dan dolar AS juga dijangka memberi impak kepada harga dan permintaan.
Ketidakstabilan yang ketara ini mencerminkan ketidaktentuan dan boleh mewujudkan langkah berhati-hati dan kebimbangan pada masa yang sama.
“Oleh itu,kita mungkin menyaksikan pendekatan yang lebih berhati-hati dalam perdagangan komoditi ini,” katanya.
Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA),pasaran getah dijangka tidak menentu minggu depan disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China,dengan kemungkinan ancaman perang perdagangan baharu.
Katanya Bank Dunia turut memberi amaran bahawa tarif AS boleh mengurangkan unjuran pertumbuhan global.
“Harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,pengukuhan ringgit berbanding dolar AS selain harga minyak mentah.
“Keadaan cuaca tidak menentu yang berterusan di negara-negara pengeluar utama getah juga akan terus mempengaruhi kebimbangan mengenai bekalan getah semasa,” katanya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat,pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur dengan harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 18.0 sen kepada 894.0 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 6.0 sen kepada 670.50 sen sekilogram. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur