2025-01-21 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim
BELGIUM,21 Januari- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menetapkan jangka masa untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kedua-dua pihak sudah pun bersetuju untuk mempercepat rundingan tersebut.
Jelasnya,Malaysia sebelum ini tidak bersedia berunding dengan EU kerana syarat yang ditetapkan tidak munasabah.
"Tetapi sekarang ini apabila Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dan dapat memberi jaminan tentang kekuatan ekonomi serta perubahan iklim,mereka nampak bersedia dan ini satu bagi saya positif.
"Kawasan hutan kita jauh lebih tinggi dan kita lebih faham cara dan kaedah untuk menjamin persekitaran negara kita sendiri.
"Keduanya kerana sudah ada terjalin perjanjian dengan United Kingdom-Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (UK-CPTPP),ini juga akan membantu. Dan ketiganya kerana keadaan ekonomi Malaysia dan pengaruh Malaysia itu berubah. Jadi mereka mengambil sikap yang lebih positif dalam hal ini," katanya.
Perdana Menteri bercakap dalam sidang media selepas berucap di College of Europe di sini.
Terdahulu,Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Malaysia dan EU menyambung semula rundingan MEUFTA yang sebelum ini tertangguh sejak 2012 ekoran keraguan Malaysia terhadap dasar pemerolehan minyak sawit,subsidi,dan klausa kemampanan EU.
Antaranya disebabkan diskriminasi ke atas minyak sawit,terutama dakwaan mengenai pembakaran terbuka dan amalan terhadap tenaga kerja.
Dalam sidang media sama,Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Malaysia dan EU bersetuju untuk mempercepat perbincangan mengenai Perjanjian Rangka Kerja European Investment Bank (EIB).
EU dilaporkan komited untuk melabur RM46.7 bilion bagi kesalinghubungan di ASEAN.
"Pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah,Antonio Costa dalam isu-isu yang terkait juga termasuk pengumuman mereka tentang perjanjian kerangka European Investment Bank bawah Strategy Global Gateway dimana ASEAN akan dapat dana yang agak besar dari segi pinjaman," katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur