2025-01-21 HaiPress

Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,21 Januari - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin dan seorang pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.
Beliau berkata beliau berkesempatan bertemu bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan Intan Rohani Tan yang pernah menjadi Ahli Majlis Wanita PKR pertama di negeri itu,serta pernah menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Pusat.
Fahmi turut memaklumkan sempat melawat Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Tumpat Nakri Ismail yang mengidap angin ahmar.
"Semoga rakan-rakan KEADILAN Kelantan dikurniakan kesihatan yang baik,dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki yang meluas dan dipermudah segala urusan. Insya-Allah,semoga kita bertemu lagi," kata Fahmi menerusi perkongsiannya di Facebook.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur