2025-01-21 HaiPress

Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,21 Januari- Kedudukan strategik Malaysia terletak di laluan perdagangan terpenting di dunia dilihat berpotensi menjadi hab serantau utama dalam sektor logistik dan perkhidmatan.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata,syarikat Malaysia khususnya dalam sektor logistik perlu mengambil peluang itu untuk mengembangkan operasi di peringkat serantau.
"Perkhidmatan pengangkutan terus menjadi penyumbang utama kepada defisit perdagangan negara,mencerminkan kebergantungan Malaysia kepada penyedia perkapalan dan logistik asing untuk menyokong ekonomi berasaskan eksport.
"Situasi ini membimbangkan dan memerlukanusaha lebih besar untuk mentransformasikan sektor tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perkhidmatan 2025 (SERV25) di ibu negara.
Malaysia juga mampu menjadi hab serantau bagi ibu pejabat pelancongan,pendidikan tinggi serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Selain itu ia memberi manfaat dan peluang perdagangan digital,perkhidmatan mampan yang boleh menonojolkan Malaysia di peringkat global.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur