2025-01-21 HaiPress

Rumah kayu setingkat di Tongkang Yard,Alor Setar terbakar
ALOR SETAR,21 Januari- Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu setingkatdi Tongkang Yard di sini pagi tadi.
Ketua Zon 1 JabatanBombadan Penyelamat Negeri (JBPM)Kedah,Penguasa KananBomba1,AhmadAminuddinAbd Rahim berkata,identiti kedua-dua mayat yang ditemukan di tingkat bawah belum disahkan.
"Siasatan masih dijalankan oleh pihak forensik jabatan bomba dan juga pihak siasatan forensik daripada pihak polis.
"Kita akan bekerjasama untuk mengenal pasti punca sebab keadaan kejadian tersebut. Pada masa sama kita buat panggil pengesan unit anjing pengesan daripada jabatan bomba ke lokasi," katanya.
Pihak bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 6.57 pagi tadi namun rumah terbabit didapati berkunci dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan kejiranan.
Kira-kira 70 peratus rumah terbabit terbakar melibatkan bahagian tingkatatas dan ruang tamu.
Bagaimanapun siasatan masih dilakukan berikutan dilaporkan mangsa tidur di tingkat atas atau berada di tingkat bawah rumah.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal kira-kira 7.11 pagi dan tiada kerosakan harta lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur