2025-01-21 HaiPress

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan beberapa langkah jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air di pusat data / Foto Hiasan / Bernama
CYBERJAYA,21 Januari – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan beberapa langkah jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air di pusat data.
Ini sebagai usaha memastikan bekalan air mampan dan mencukupi untuk menyokong sektor ekonomi digital yang pesat berkembang.
Pengerusi SPAN,Charles Anthony Santiago berkata cadangan itu melibatkan pelaksanaan teknologi dan pendekatan inovatif yang dapat mengoptimumkan penggunaan air.
“Sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana pusat data,kajian penilaian impak alam sekitar perlu dijalankan. Lokasi yang dipilih mestilah mempunyai sumber air mencukupi untuk memenuhi keperluan pusat data,serta pengguna domestik,kilang,restoran,dan perniagaan lain di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita,di sini.
Antara langkah yang dicadangkan ialah penggunaan air pulih guna,teknologi penyejukan yang efisien,dan sistem pengumpulan air hujan.
Anthony turut memaklumkan,SPAN turut mencadangkan dasar kerjasama antara kerajaan dan pelbagai agensi bagi menguruskan permintaan bekalan air yang semakin meningkat antara pengguna domestik dan pusat data.
Dengan langkah-langkah tersebut,beliau percaya pusat data dapat mengurangkan penggunaan air sambil meningkatkan keberkesanan operasi mereka.
Dalam masa yang sama,Anthony turut memaklumkan pihaknya sedang meneliti pelbagai aspek dan merangka mekanisme serta peraturan berkaitan bagi merealisasikan usaha tersebut.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur