2025-01-21 HaiPress
FOTO FACEBOOK KPDN Laman Rasmi
TELUK INTAN,21 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina 2025 bermula 25 Januari hingga 2 Februari ini.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan kawalan harga terhadap 16 jenis barangan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Lima barangan tambahan yang kita bawa dalam skim kali ini untuk Semenanjung Malaysia sahaja adalah cili merah,bawang kuning besar,bawang besar merah import,serta sawi pendek atau sawi Jepun.
"Namun,untuk Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,tambahan ini melibatkan 'chicken wing' atau kepak ayam," katanya.
Tambah beliau,barangan lain yang turut disenaraikan dalam skim itu termasuk ikan bawal putih (200-400 gram),udang putih (41-60 ekor sekilogram),kobis bulat import (Indonesia dan China),ubi kentang import (China),bawang putih (China),halia tua import,lobak merah,lobak putih serta produk berkaitan babi seperti babi hidup,daging babi (perut) dan daging babi bercampur lemak.
Armizan turut memaklumkan bahawa pegawai dan penguatkuasa KPDN akan turun ke lapangan bagi melihat pematuhan dan melaksanakan penguatkuasaan untuk memastikan para peniaga mematuhi arahan yang telah diberikan.
Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Program Jualan Rahmah Madani dan Pengumuman SHMMP Tahun Baru Cina 2025 di sini hari ini.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham mewah
Amal by Malaysia Airline jalin kerjasama strategik bersama 13 agensi umrah
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal menjelang pengumuman KDNK
Nahas FRU: Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, mengaku tidak bersalah
40 lokasi lintasan gajah dilengkapi papan tanda amaran, lampu jalan
Laksana tanggungjawab dengan berintegriti - Tunku Mahkota Ismail
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur