2025-01-21 HaiPress

Foto hiasan
KOTA TINGGI,21 Januari- Mahkamah Majistret di sini mengenakan denda ke atas sembilan individu termasuk seorang wanita sebanyak RM7,000 setiap seorang atas tuduhan melakukan penipuan kerja tidak wujud secara dalam talian pada 16 Januari lalu.
Tertuduh,Lee Kok Hong,28 tahun; Loh Kar Xuan (20); Stella Teo Kai Ting (20); Tristan Wong Yong Jing (22); Liow Jia Wei (21); Teng Kai Wen (20); Ernest Koh Boyuan (23); Chin Jun Soon (20) dan Koh Zhi Yu (24).
Keputusan dibuat Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar selepas kesemua tertuduh mengaku salah atas perbuatan mereka.
Mereka didakwa bersama-sama bagi satu pihak pakat jahat jenayah dengan melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud menyasarkan warga United Kingdom (UK).
Perbuatan itu bagi mendorong dengan curangnya mangsa terpedaya supaya memindahkan harta mereka kepada kesemua tertuduh terbabit.
Kesalahan tersebut dilakukan pukul 5.00 petang,16 Januari lalu di Taman Desaru Utama,Bandar Penawar Kota Tinggi.
Mahkamah turut memerintah mereka dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kes didakwa mengikut Seksyen 120b(2) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Fang Leong manakala kesemua tertuduh diwakli Tan Hik Tao dan G.Neshaline.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur