2025-01-21 HaiPress

Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini / Foto Hiasan / Bernama
KLANG,21 Januari – Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu.
Menurut beliau,pemberian tol percuma semasa Krismas,tahun lepas adalah yang terakhir.
“Kerajaan telah memutuskan bahawa tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma sempena perayaan. Semua pihak sepatutnya sudah sedia maklum mengenai keputusan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE),di sini.
Sebagai ganti,Nanta berkata kerajaan akan memperkenalkan pendekatan yang lebih bersasar,terutamanya dalam menyelaraskan subsidi.
“Kerajaan telah menyelaraskan subsidi dengan pendekatan lebih bersasar. Perincian lanjut mengenai langkah ini akan diumumkan kelak,” tambah Nanta.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur