2025-01-21 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,20 Januari – Malaysia berpotensi menjadi hab serantau utama dalam sektor logistik dan perkhidmatan berikutan kedudukannya yang strategik di persimpangan laluan perdagangan dunia.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata syarikat-syarikat tempatan,khususnya dalam sektor logistik,perlu mengambil peluang ini untuk memperluas operasi ke peringkat serantau.
"Perkhidmatan pengangkutan terus menjadi penyumbang utama kepada defisit perdagangan negara,mencerminkan kebergantungan Malaysia terhadap penyedia perkapalan dan logistik asing untuk menyokong ekonomi berasaskan eksport. Situasi ini membimbangkan dan memerlukan usaha lebih besar untuk mentransformasikan sektor tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perkhidmatan 2025 (SERV25) di ibu negara.
Tambah Liew,selain sektor logistik,Malaysia juga berpotensi menjadi hab serantau bagi ibu pejabat pelancongan,pendidikan tinggi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Beliau turut menekankan pentingnya negara memanfaatkan peluang dalam perdagangan digital dan perkhidmatan mampan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur