2025-01-21 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 Januari- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini,kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang,ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.4910/4960 daripada 4.5040/5085 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selepas pelantikan tersebut,para peniaga dan pelabur akan memantau dengan teliti perintah eksekutif (EO) yang lazimnya diumumkan oleh presiden yang baru dipilih.
"Sudah pasti,isu-isu seperti tarif import dan pengusiran besar-besaran pendatang haram akan dipantau dengan teliti.
"Secara ringkasnya,komuniti kewangan amat menantikan dasar ekonomi dan luar negara Trump 2.0 yang akan memberi impak besar terhadap ekonomi global dan turun naik pasaran kewangan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata prestasi ringgit turut disokong oleh perdagangan Malaysia yang mencatatkan rekod tertinggi RM2.88 trilion pada 2024,meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun,menandakan tahun keempat berturut-turut melebihi paras RM2 trilion.
Pada 2024,eksport naik 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion manakala import berkembang 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion.
Pada penutupan dagangan,ringgit lebih mengukuh berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit bertambah berbanding euro kepada 4.6307/6358 daripada 4.6382/6429 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas,mengukuh berbanding pound British kepada 5.4723/4784 daripada 5.4953/5008 dan menokok sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8741/8774 daripada 2.8918/8949 sebelumnya.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 274.3/274.8 daripada 274.9/275.3 pada Jumaat lepas,mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/2938 daripada 3.2948/2983 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.68 daripada 7.68/7.69 sebelumnya.
Namun,ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0948/1155 daripada 13.0664/0856 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur