2025-01-21 IDOPRESS

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,21 Januari-Pelaksanaan pertukaran peranan petugas kaunter khidmat pelanggan sektor awam berupaya menangani masalah integriti yang dilihat menjejaskan kepercayaan rakyat.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ia juga mampu mewujudkan iklim kerja yang lebih kondusif.
"Saya fikir sangat bertepatan buat kami,di KDN (Kementerian Dalam Negeri) ada agensi yang membabitkan perkhidmatan kaunter dan paling popular ialah Jabatan Imigresen,ada Jabatan Pendaftaran dan sebagainya.
"Saya mengalu alukan perkara yang disebut oleh Tan Sri KSN kerana kami yakin di peringkat KDN kami akan terus menjalankan usaha yang berterusan bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian agensi di bawah KDN",katanya selepas meninjau reruai pada EXPO dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia (AISSE25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),hari ini.
Terdahulu,pada Isnin,Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata petugas kaunter perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun bakal dipindahkan ke peranan baharu sebagai sebahagian daripada langkah memperbaiki kualiti perkhidmatan.
Jelasnya,angkah tersebut akan melibatkan semua agensi berkaitan,termasuk bahagian perkhidmatan pelanggan dan Imigresen,untuk memastikan petugas terlibat mendapat peluang meningkatkan pengalaman kerja mereka.
Sementara itu,Saifuddin menegaskan kerajaan meletakkan komitmen tinggi dalam pemerkasaan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dengan semua pihak bagi memerangi jenayah rentas sempadan.
Menurutnya,usaha tersebut selaras inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia Madani (MMAI).
Ia dalam memanfaatkan kuasa transformatif AI,data lanjutan analitik dan pengkomputeran berprestasi tinggi yang mampu menghalang keganasan,sekali gus meningkatkan keselamatan awam.
"Kecerdasan buatan (AI) sudah pasti menukar strategi,malah ia datang dengan dwipotensi.
"Walaupun ia menawarkan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk meningkatkan keselamatan,ia juga memberikan risiko baharu,kerana pelaku jenayah semakin banyak menggunakan AI untuk melakukan jenayah.
"Hal ini tidak memberi kami pilihan selain mempercepatkan penggunaan AI dalam memerangi jenayah. Kita mesti mengutamakan peningkatan kemahiran tenaga kerja kita,menguasai peralatan canggih,dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk menentang ancaman mendatang",katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur