2025-01-21 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil
KOTA BHARU,21 Januari -Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan 'chatbot'iaitu ciri baharu yang berfungsi sebagai penambahbaikan kepada portal Sebenarnya.myyang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,pendekatan itu merupakan salah satu usaha kementerian bagi membantu pengguna membuat pengesahan tentang sebarang maklumat yang mereka terima dalam media sosial termasukWhatsApp sekali gus menangkis berita tidak benar.
Menurut beliau,ketika ini portal Sebenarnya.my yang dikendalikan MCMC berperanan sebagai sebuah pusat sehenti bagi orang ramai menyemak dan menyalurkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya,yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial,perkhidmatan mesej segera,blog,laman sesawang dan lain-lain dalam bentuk teks.
'Chatbot' di saluranWhatsAppitu nanti akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan sebarang video atau grafik yang dihantar melalui media sosial itu benar atau sebaliknya.
"Sebenarnya.my akan ada satu Chatbot WhatsApp yang kita boleh forward mesej kepadanya dan AI itu akan jawab sama ada maklumat ini sahih atau tidak. Waktu ini ia masih berasaskan teks tetapi saya sudah minta pasukan untuk teliti maklumat video.
"Contohnya sebab kadang-kadang orang hantar video ia muat turun daripada sumber kita tidak tahu daripada mana,tetapi ia berlegar dan sampai dan tidak ada pengesahan. Jadi ini salah satu usaha kita untuk bantu pengguna untuk membuat pengesahan tentang sebarang maklumat yang mereka terima dalam media sosial termasuk WhatsApp," kata Fahmi.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua-ketua Biro agensi media serta Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) di Ayang Cafe,di sini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran,Nasaruddin Abdul Mutallib Pengarah RTM Kelantan,Shaheezam Said dan Presiden KEMUDI,Yatimin Abdullah.
Menurut Fahmi,beberapa plaform media sosial sepertiWhatsApp seringkali menjadi lubuk individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat palsu atau maklumat yang tidak lengkap yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan dan fitnah berikutan tiada pengesahan daripada pihak berwajib.
Sehubungan itu,masyarakat diingatkan agar sentiasa berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat memandangkan aplikasiWhatsApp menjadi medium kepada komuniti untuk menghantar pelbagai mesej.
Mengulas lanjut katanya,media sosial bukan seperti media arus perdana yang disampaikan oleh pengamal media yang membuat pengesahan sebelum menyiarkan sebarang berita atau maklumat kepada orang ramai.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur