2025-01-21 IDOPRESS

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi,Chang Lih Kang / Foto Bernama
BANGI,21 Januari – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan pemberian Geran Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) MADANI bernilai RM10,000 kepada setiap kawasan Parlimen bagi melaksanakan program berkaitan STI.
Menterinya,Chang Lih Kang berkata inisiatif julung kali itu akan disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri kepada pejabat Ahli Parlimen seluruh negara.
Peruntukan dana tersebut dijangka diagihkan pada separuh pertama tahun ini.
“Geran ini akan disalurkan kepada semua Ahli Parlimen,tanpa mengira parti,kecuali Menteri dan Timbalan Menteri. Ia bertujuan memperkukuh penyertaan masyarakat dalam program STI. Dana ini juga akan diaudit untuk memastikan ia digunakan mengikut objektif yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu MOSTI 2025,di sini/
Tambah Lih Kang,geran tersebut boleh digunakan untuk pelbagai program,seperti aktiviti berkaitan STI untuk pelajar sekolah rendah dan menengah,atau inisiatif melibatkan komuniti setempat berkaitan dengan STI.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur