2025-01-22 HaiPress

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan / Foto RTM
ARAU,22 Januari – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa muatan berlebihan bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat kegagalan mematuhi spesifikasi teknikal.
Pengarah JPJ Perlis,Noraini Mohd Nawi berkata kenderaan perdagangan yang membawa bahan seperti dolomite (batuan sedimen) sering dikesan melanggar had muatan di negeri itu.
“Hari ini,dalam operasi khas,kita melakukan pemeriksaan pada tiga buah kenderaan barang,dua daripadanya didapati membawa lebih muatan,khususnya dolomite,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina,di sini.
Operasi Khas itu akan diteruskan sehingga 9 Februari depan di beberapa lokasi tumpuan di seluruh Perlis,dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Polis,AADK,Jabatan Pendaftaran,dan Jabatan Alam Sekitar.
Dalam perkembangan lain,penguatkuasaan terhadap kenderaan asing menjadi keutamaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),terutamanya di negeri-negeri bersempadan seperti Perlis,bagi memastikan pemandu asing mematuhi peraturan jalan raya negara itu.
Noraini menjelaskan antara isu utama yang diberikan tumpuan adalah saman tertunggak terhadap pemandu dan kenderaan asing.
Sejak Oktober tahun lalu,pihaknya berjaya mengutip sejumlah RM122,000 daripada saman tertunggak yang melibatkan 54 buah kenderaan Thailand.
“Mereka yang ditahan perlu melunaskan saman tertunggak sebelum dibenarkan meninggalkan negara ini,” katanya.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu warga asing adalah penyalahgunaan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP).
Noraini turut menegaskan warga asing tidak seharusnya memberi alasan tidak mengetahui undang-undang jalan raya negara ini,sebaliknya perlu lebih peka mengenai perkara tersebut apabila memasuki mana-mana negara.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur