2025-01-22 HaiPress

Foto Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany)
KUALA LUMPUR,22 Januari- Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara tidak akan diberi kompromi.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan,ia susulan sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Universiti Malaya disimbah cat merah oleh individu tidak bertanggungjawab.
"Mutakhir ini,terdapat tindakan dan kenyataan tertentu mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat,khususnya apabila berlakunya pelbagai insiden menganggu gugat keharmonian rakyat.
"Saya ingin mengingatkan bahawa setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara sensitiviti demi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara kekal terjamin," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu beliau juga mahu semua pihak bertanggungjawab dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat berbilang kaum dalam negara.
Pelbagai usaha akan terus dilaksanakan kerajaan untuk memperkukuh perihal pengurusan perpaduan dan keharmonian.
"Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan Jawatankuasa PengurusanIsu Perpaduan,dan akan meluaskan perkhidmatan Mediator Komuniti di peringkat akar umbi serta penggunaan sistem e-Sepakat akan diperluaskan kepada orang ramai bagi membolehkan mereka membuat laporan berkaitan isu perpaduan.
"Saya menyeru semua pihak untuk menggunakan media sosial dengan bijak,mengelakkan sebarang provokasi,dan sentiasa mengutamakan perpaduan," tambah kenyataan itu.
Sebelum ini media melaporkan bahawa produk "Ham and Cheese Sandwich" yang dijual di sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Bagaimanapun isu berkenaan penjualan produk itu kini berada dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur