2025-01-22 HaiPress

Foto RTM
KUCHING,22 Januari – Pertubuhan Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) dengan sokongan Kementerian Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan menganjurkan Sarawak Umrah and Islamic Tourism Expo Festival 2025 (SUITEX25) pada 21 hingga 23 Februari 2025.
Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak,Datu Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program itu bertujuan memperkenalkan pelbagai pakej umrah,haji,dan pelancongan Islam kepada masyarakat Sarawak.
Selain itu,ia memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai agensi pelancongan berlesen yang menawarkan pakej pada harga kompetitif.
“Kadang-kadang ada pihak mendakwa boleh menguruskan umrah atau haji di kawasan pedalaman,tetapi bila diperiksa,tiada lesen. Sebelum ini banyak kes melibatkan penipuan pakej. Program seperti ini penting untuk memastikan masyarakat lebih berhati-hati dan mengetahui mana yang sah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dan majlis pelancaran SUITEX25 serta Panduan Umrah dan Haji oleh SUHA di bangunan Baitul Makmur 2,Petra Jaya Kuching,di sini.
SUITEX25 mencerminkan komitmen kerajaan negeri melalui kementerian berkenaan dalam menyokong pembangunan sektor pelancongan Islamik.
Program tiga hari itu dijangka menarik 5,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah oleh penceramah selebriti PU Riz,persembahan nasyid,dan program derma darah.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur