2025-01-22 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,22 Januari-Teknologi internet 5G berupaya menyediakan jalur lebar khas yang selamat,khususnya bagi kegunaan agensi penguatkuasaan undang-undang.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,justeru mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanfaatkan ciri jalur lebar khusus dalam teknologi 5G,yang sekali gus menawarkan rangkaian persendirian dengan jaminan keselamatan data dan kestabilan rangkaian.
"Ciri ini adalah kelebihan teknologi 5G,di mana spektrum tertentu boleh dikhususkan untuk rangkaian persendirian.
"Ini merupakan sesuatu yang telah dibincangkan oleh industri melalui pendekatan rangkaian dwi,dan beberapa langkah yang akan diambil oleh MCMC untuk merealisasikan inisiatif ini kepada PDRM",katanya demikian selepas menghadiri forum di Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia (AISSE) 2025 di sini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur