2025-01-22 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Januari- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memastikan sasaran utama Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dicapai menjelang 2025 selain bersiap sedia untuk RMKe-13.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick berkata sebagai Pengerusi ASEAN,KUSKOP juga akan menganjurkan acara penting seperti Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (ACCMSME) ke-19 dan pelancaran ASEAN Centre of Excellence on Green Transition,bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan serantau.
"Melalui Pelan Strategik 2025 yang baru sahaja dilancarkan hari ini,sebanyak 196 program dirancang untuk membantu lebih 500,000 usahawan,selari dengan matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan agenda Ekonomi MADANI.
"Komitmen semua pihak turut diseru dalam menyokong pembangunan keusahawanan dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercuap pada Majlis Amanat Menteri 2025 kepada warga KUSKOP dan agensi di ibu negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur