2025-01-22 HaiPress

Peneraju teknologi kewangan serantau,Boost,mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Januari – Peneraju teknologi kewangan serantau,Boost mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost,Sheyantha Abeykoon berkata pencapaian itu mencerminkan permintaan tinggi terhadap penyelesaian kewangan digital yang inovatif dan mudah diakses.
“Kami sangat gembira kerana dalam enam bulan pertama,Boost Bank telah mencatat perkembangan memberangsangkan,khususnya dari segi peningkatan deposit. Selain kejayaan bank digital,produk Payflex di Malaysia juga muncul sebagai kisah kejayaan besar kami pada tahun ini.
“Kami turut memperluas penawaran pinjaman kepada Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai sokongan kepada sektor ekonomi penting ini,” katanya dalam taklimat media mengenai laporan tahunan Boost,di sini.
Boost juga berhasrat untuk memperkukuh kehadirannya di Indonesia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaannya.
Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat,Sheyantha menegaskan komitmen Boost untuk menyediakan solusi kewangan digital yang transformatif dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur