2025-01-22 HaiPress

Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto RTM
KUALA LUMPUR,22 Januari – Kerajaan menyeru lebih banyak syarikat swasta untuk menaja residensi seni,membiayai pameran dan membimbing bakat baharu bagi membangunkan ekosistem seni yang kukuh di Malaysia.
Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib menegaskan penglibatan sektor swasta adalah penting untuk memastikan pembangunan sektor seni dan budaya terus berkembang.
"Walaupun kerajaan menyediakan sokongan melalui inisiatif seperti Agenda Bumiputera,penglibatan sektor swasta tetap menjadi kunci.
"Dengan pendekatan seluruh negara,saya menyeru lebih banyak syarikat untuk menaja residensi,membiayai pameran,dan membimbing bakat-bakat baru. Bersama-sama,kita boleh membina ekosistem seni yang berkembang maju," katanya ketika berucap pada Program Residensi Iltizam Seni Cycle 2 di ibu negara.
Hanifah turut menjelaskan seni dan budaya memainkan peranan penting dalam ekonomi negara melalui penciptaan peluang pekerjaan serta diplomasi budaya.
Inisiatif seperti Iltizam Seni,katanya,sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh sektor kreatif selain memastikan daya saing Malaysia dalam ekonomi kreatif global.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur