2025-01-22 HaiPress

Industri automotif Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada 2024,dengan Jualan Keseluruhan Industri (TIV) meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 816,747 unit / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,21 Januari – Industri automotif Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada 2024,747 unit,mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 799,821 unit pada 2023.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),Mohd Shamsor Mohd Zain berkata pertumbuhan itu didorong oleh prestasi cemerlang subsegmen kereta penumpang serta faktor ekonomi dan sosiopolitik yang stabil.
Menurut beliau,ekonomi domestik yang kukuh dan kadar dasar semalaman (OPR) yang kekal pada 3 peratus sejak Mei 2023 turut menyumbang kepada pencapaian tersebut.
“Persekitaran sosiopolitik yang stabil,kadar pengangguran terendah dalam dekad ini pada 3.2 peratus,serta jumlah pesanan tertunggak yang tinggi dari tahun sebelumnya menjadi antara pemacu utama pertumbuhan,” katanya pada sidang media pencapaian industri automotif Malaysia 2024,di sini.
Mohd Shamsor turut menyatakan pelancaran model baharu yang mendapat sambutan baik serta strategi jualan dan promosi agresif oleh pengeluar peralatan asal (OEM) dan pengedar telah memberi impak positif kepada prestasi TIV.
“Keupayaan industri dalam menawarkan produk yang relevan dengan kehendak pasaran menjadi kunci kejayaan ini,” tambahnya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur