2025-01-22 IDOPRESS

Kebakaran di Hotel Grand Kartal di Resort Ski Kartalkaya/ Reuters
KUALA LUMPUR,22 Januari- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden kebakaran tragik di Hotel Grand Kartal di Resort Ski Kartalkaya,Bolu,Turkiye.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Malaysia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul sedang memantau rapi perkembangan insiden berkenaan.
"Setakat ini,insiden itu telah mengorbankan 76 nyawa dan 51 orang dilaporkan cedera.
"Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Türkiye serta keluarga dan mangsa yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Malaysia bersolidariti dan mendoakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi waktu yang sukar ini.
Bagaimanapun individu memerlukan bantuan konsular,boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
Sementara itu Kedutaan Besar Malaysia di Ankara beralamat Büyükesat,Koza Sk. No:56,06700 Çankaya/Ankara boleh dihubungi menerusi nombor talian +(90) 312 44635 47 dan emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Manakala,Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang beralamat di Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No:1/1B Polat Plaza,B Blok,Kat:8,34394 Levent/Sisli,Istanbul dan boleh dihubungi menerusi +(90) 212 98910 01 dan emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur