2025-01-22 IDOPRESS

Taklimat Program Eksesais Perlis-Sabah (PERBAH 2025) yang diadakan di Dewan Syed Faizuddin Putra,Kem Bukit Keteri
BESERI,22 Januari- Kesemua anggota sukarela Rejimen Askar Wataniah Tentera Darat diseru supaya sama-sama meningkatkan keaktifan dengan menghadiri semua latihan dan aktiviti yang dirancang.
Setiap anggota termasuk pegawai mahupun anggota lain-lain pangkat haruslah sentiasa berusaha meningkatkan tahap kompetensi dan 'SKA' iaitu 'Skill,Knowledge,Attitude' masing-masing.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,setiap anggota merupakan ejen rejimen untuk turut serta menganggotai pasukan simpanan kebangaan negara.
''Semua pihak diharap sentiasa memperbaharui azam agar Perlis tercinta ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.
"Setiap inisiatif yang diambil berimpak maksimum kepada semua pihak terutamanya kepada barisan anggota sukarela dan usaha berterusan hendaklah dijalankan oleh pihak rejimen dalam memastikan penglibatan agensi awam dalam jaringan kolaborasi strategik dan mobilisasi," titah baginda.
Baginda bertitah pada Taklimat Program Eksesais Perlis-Sabah (PERBAH 2025) yang diadakan di Dewan Syed Faizuddin Putra,Kem Bukit Keteri di sini.
Eks PERBAH berkonsepkan Program Jiwa Murni (PJM) dilaksanakan setiap kali Ramadan untuk meneruskan kesinambungan aktiviti di kawasan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dengan komitmen bersama oleh Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Sabah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur