2025-01-22 IDOPRESS

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto Bernama
SUBANG JAYA,21 Januari – Malaysia dijangka memperoleh lebih banyak peluang perdagangan melalui rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA),yang menekankan kepatuhan terhadap keperluan ketat Kesatuan Eropah (EU) dalam aspek kelestarian,alam sekitar,dan perhutanan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES),Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perjanjian itu menunjukkan Malaysia bersedia memenuhi standard EU serta membuktikan ekonomi negara berada pada tahap kompetitif.
“Kesatuan Eropah mempunyai pelbagai keperluan berkaitan kelestarian,iklim,pelepasan karbon,dan perhutanan. Hakikat bahawa kita mampu bekerjasama dan memperluas hubungan perdagangan ini menunjukkan ekonomi Malaysia telah bersedia untuk memenuhi ketetapan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Laporan Alliance Bank ESG 2.0,di sini.
Nik Nazmi menjelaskan,pendekatan bersepadu yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian utama telah diambil bagi memastikan kejayaan pelaksanaan MEUFTA.
Sementara itu,Nik Nazmi turut menegaskan komitmen Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar antarabangsa di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump.
Katanya,Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan multilateral,khususnya dalam menangani isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar,di samping mengekalkan hubungan perdagangan dengan semua rakan dagangan.
“Kami percaya bahawa perubahan ini dapat ditangani dengan pendekatan pragmatik dan komunikasi yang berterusan. Amerika Syarikat adalah kuasa ekonomi besar dunia,namun Malaysia juga mempunyai banyak rakan dagangan lain. Oleh itu,kami akan terus berbincang dan bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.
Tambah Nik Nazmi,Malaysia akan terus memastikan pintu perdagangan terbuka kepada semua negara,selaras dengan matlamat memperkukuh ekonomi dan kelestarian global.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur