2025-01-26 HaiPress
Program Jualan Rahmah "Back To School" peringkat negeri Johor akan diperluaskan ke semua 26 kawasan parlimen di negeri itu / Foto RTM
KULAI,26 Januari – Program Jualan Rahmah "Back To School" peringkat negeri Johor di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan diperluaskan ke semua 26 kawasan parlimen di negeri itu.
Pengarah KPDN Johor,Lilis Saslinda Pornomo berkata program tersebut turut dilanjutkan ke bulan Februari bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan musim persekolahan anak-anak.
Program tersebut menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus untuk pelbagai barangan keperluan sekolah.
“Antara barangan yang dijual termasuk pakaian sekolah putih berlengan panjang,pakaian sekolah agama,beg sekolah,dan sebagainya. Selain membantu rakyat mendapatkan barangan asas dengan harga lebih murah,program ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk merancang perbelanjaan secara bijak dan mengurangkan beban kos sara hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi temu mesra Program Jualan Rahmah Sempena Tahun Baharu Cina 2025,di sini.
Sesi pertama program Jualan Rahmah Back To School dijadualkan pada 8 dan 9 Februari,manakala sesi kedua pada 15 dan 16 Februari.
Dalam perkembangan lain,Sebanyak 244 kes salah laku perdagangan direkodkan KPDN Johor bermula Januari hingga Khamis lalu,melibatkan rampasan bernilai RM129,074 hasil operasi penguatkuasaan.
Lilis Saslinda berkatakesalahan utama yang dikesan adalah berkaitan harga dengan 86 kes,diikuti transaksi dalam talian (56 kes),perkhidmatan dan iklan mengelirukan (41 kes),serta pelanggaran peraturan barang kawalan (16 kes).
“KPDN mengalu-alukan aduan daripada orang awam melalui pelbagai medium penyaluran. Sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan,seperti menaikkan harga secara tidak munasabah,KPDN Johor sedia menerima aduan untuk tindakan lanjut,” tambah Lilis Saslinda.
Dalam tempoh sama,sebanyak 11,986 kenyataan pemeriksaan telah dikeluarkan oleh KPDN Johor.
Di samping itu,sebanyak 269 aduan diterima sepanjang tahun ini,dengan 167 daripadanya berjaya diselesaikan.
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur