2025-01-26 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM,Zamri Zainal Abidin
PUTRAJAYA,26 Januari- Bersempena dengan sambutan Israk Mikraj 1446H yang akan disambut pada esok 27 Januari,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Program Israk Mikraj bertemakan Solat Anugerah Teragung untuk Ummah dengan pelbagai pengisian menarik lain.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM,Zamri Zainal Abidin berkata program tersebut telah berlangsung secara serentak di 24 lokasi seluruh negara dengan penyertaan hampir 3,000 peserta keseluruhannya.
"Ini adalah suatu konsep baharu YADIM dengan melaksanakan sesuatu program khasnya program melibatkan hari-hari besar Islam,kami melaksanakannya serentak ke semua cawangan YADIM.
"Ketika ini kita ada 11 cawangan negeri dan mereka memilih pula lokasi lokasi tertentu untuk dilaksanakan program secara serentak maka menjadikannya sebagai 24 lokasi termasuk lokasi perasmian.
"Jadi program seperti ini akan kami laksanakan pada masa akan datang bermula pada tahun 2025 ini," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Israk Mikraj 1446H Anugerah Teragung Untuk Ummah dan Keadilan Untuk Orang Bersolat di Surau Ar Rayyan Perumahan Penjawat Awam Malaysia Larai,Putrajaya.
Antara pengisian menarik program,termasuk kursus pemantapan solat bagi anak-anak dan akan dilanjutkan dengan ceramah Israk Mikraj serta sesi bedah buku ‘Keadilan untuk orang Bersolat’ yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya,para penceramah yang diundang terdiri daripada Ahli Zamalah Yadim dan Daie Muda Yadim di seluruh negara.
Jelasnya,tema itu dipilih bagi menerapkan masyarakat akan kepentingan solat yang telah menjadi ibrah penting ketika peristiwa Israk dan Mikraj selaras dengan tema ‘Islam mekar di bumi Malaysia’ yang menekankan tanggungjawab setiap agensi untuk memantapkan lagi syiar Islam di negara ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur