2025-01-26 HaiPress

Foto RTM
KOTA BHARU,26 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 182 pemandu dan 163 kenderaan yang mempunyai rekod saman tertunggak menerusi Operasi Saman Tertunggak Kenderaan Pendaftaran Asing Negara Thailand (Op Tunggak),setakat 24 Januari lalu.
Ketua Pengarahnya,Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,pihaknya juga telah mengesan dan mengambil tindakan terhadap 172 kenderaandan sebanyak 619 Notis JPJ (P) 22 telah dikeluarkan kepada pemilik serta pemandu kenderaan Thailand yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Menurut beliau,16 van Thailand juga telah disita sepanjang tempoh tersebut.
"Antara kesalahan yang telah diambil tindakan oleh jabatan ini terhadap kenderaan Thailand adalah kesalahan melibatkan International Circulation Permit (ICP),tiada lesen memandu,dan kesalahan teknikal lain termasuk kesalahan cermin gelap," katanya pada sidang media di Perhimpunan Setia Khas JPJ Negeri Kelantan di Panji,di sini hari ini.
Mengulas lanjut,Aedy Fadly berkata,sepanjang tempoh operasi yang bermula 1 Januari lalu,JPJ berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM425,104 dengan 332 saman tertunggak telah diselesaikan.
Sebanyak 2,010 pemandu dan 1,811 kenderaan telah diperiksa oleh JPJ menerusi Op Tunggak yang dijalankan.
Menurutnya,JPJ akan meneruskan penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan Thailand bagi meningkatkan tahap Perception of Being Caught (POBC) dalam usaha meningkatkan tahap pematuhan peraturan jalan raya melibatkan warga asing.
Dalam perkembangan lain,Aedy Fadly berkata JPJ sedang dalam proses perancangan perolehan untuk melaksanakan penggunaan kamera badan bagi anggotanya ketika bertugas.
Pihaknya menjangkakan surat tawaran bagi syarikat terpilih akan dikeluarkan pada bulan Ogos atau September ini.
"Apabila kita ada kamera badan nanti,kita akan ada satu SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan baharu bagi anggota JPJ yang bertugas.
"Anggota perlu memakai kamera badan itu apabila menjalankan tugas. SOP ini sedang dibangunkan oleh bahagian penguat kuasa," katanya.
Terdahulu,media melaporkan bahawa penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan.
Menurut Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,inisiatif itu secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur