2025-01-26 HaiPress

Foto FB Education Malaysia Egypt
KUALA LUMPUR,26 Januari- Lapan pelajar Malaysia mengalami kemalangan jalan raya di Mesir.
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau situasi membabitkan pelajar Universiti Al-Azhar itu.
Kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan ke Port Said,Mesir sebelum terbabit dengan insiden kemalangan tersebut.
Pegawai Education Malaysia Mesir segera melawat pelajar di Hospital As Salam Port Said bagi menilai keadaan mereka dan memberikan bantuan.
Tiga daripada mereka dalam pemerhatian dan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan berterusan manakala lima lagi yang tercedera dirawat sebagai pesakit luar.
Kedutaan Malaysia di Kaherah akan memberikan sokongan dan terus memantau keadaan dengan teliti untuk memastikan kesejahteraan mereka.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur