2025-01-26 IDOPRESS

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming / Foto Bernama
IPOH,26 Januari – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16 juta untuk pembinaan semula Pasar Pasir Pinji,yang dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata pembinaan pasar baharu itu telah bermula pada 20 November tahun lalu yang akan menampilkan konsep moden dengan elemen mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.
“Pasar Pasir Pinji akan menjadi sebuah pasar moden dengan persekitaran yang menarik serta mengambil kira elemen hijau seperti Sistem Penyimpanan Air Hujan (SPAH),Penarafan Hijau (PH),dan Sistem Penjimatan Tenaga,” katanya selepas meninjau perkembangan projek pembinaan pasar tersebut,di sini.
Kor Ming turut memaklumkan KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah memperuntukkan RM1 juta untuk pembinaan pasar sementara di atas tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga menyumbang sebanyak RM540,000 menjadikan jumlah keseluruhan bagi pasar sementara sebanyak RM1.54 juta,” tambahnya.
Pasar sementara itu bertujuan memberikan kemudahan kepada peniaga sementara projek pembinaan semula pasar baharu dijalankan.
Pasar Pasir Pinji yang baharu akan merangkumi 214 unit ruang niaga,84 petak tempat letak kereta termasuk tempat mesra OKU,39 petak tempat letak motosikal dan tiga petak tempat letak lori.
Dalam lawatan sama,Kor Ming turut meninjau Pasar Taman Canning yang telah dinaik taraf.
Projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh 12 minggu oleh kontraktor yang dilantik.
Kerja-kerja naik taraf melibatkan penggantian roller shutter dan grille,kerja mengecat,penggantian pagar jenis anti-panjat (anti-climb),kerja elektrik,serta penambahbaikan landskap.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur