2025-01-26 IDOPRESS

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari / Foto Bernama
SHAH ALAM,26 Januari – Selangor merancang untuk menganjurkan Festival Seni dan Budaya (SACF) 2025,yang bakal merangkumkan pelbagai pesta kebudayaan untuk memperkasa seni warisan negeri.
Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata festival tersebut bukan sahaja mempromosikan seni dan budaya tempatan tetapi juga memberi nilai tambah kepada ekonomi penggiat seni serta menyokong aktiviti pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Kerajaan Negeri merancang SACF 2025 sebagai platform memperkenalkan kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat Selangor secara kompak. Saya percaya festival ini akan memberi impak besar kepada pelancongan dan ekonomi negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival berkaitan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,di sini pada Sabtu.
SACF 2025 akan menampilkan pelbagai acara menarik,termasuk Temasya Seni Budaya dan Warisan Negeri Selangor,Festival Makanan Warisan,Pesta Rentak,dan Festival Wau Kapal,yang bertujuan meraikan kepelbagaian budaya di negeri itu.
Menerusi program Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025,Amirudin berkata ia dapat memberikan maklumat baharu mengenai latar budaya masyarakat tempatan.
Program yang berlangsung selama lima hari sejak 22 Januari itu memuatkan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan,jualan kraftangan,dan reruai makanan di Pasar Saloma.
Selain itu,program tersebut turut menampilkan pertandingan permainan tradisional seperti gasing pangkah,tali getah,dam gergasi,congkak,batu seremban dan lastik.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur