2025-01-26 IDOPRESS

Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi disempurnakan oleh Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak,Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING,26 Januari- Lebih 200 orang menyertai upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan,Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Hujan lebat tidak menghalang untuk majlis dimulakan seawal pukul 8 pagi dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Sarawak,Ibu Pertiwiku,diikuti Kawalan Kehormat dan persembahan khas sebagai tanda penghormatan kepada negeri.
Majlis yang berlangsung di Dataran Ibu Pertiwi itu turut disertai oleh pegawai kerajaan,wakil agensi swasta,serta warga Kuching dalam usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme.
Upacara tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan bagi menyemai rasa cinta dan bangga terhadap negeri dalam kalangan masyarakat,di samping meningkatkan kesedaran mengenai nilai-nilai kenegaraan yang murni.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur