2025-01-26 IDOPRESS

FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,26 Januari- Seramai 10,000 peserta menyertai arian komuniti MAIWP RUN 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi.
Larian merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan Kerjasama Koperasi Pusat Pungutan Zakat (KoPPZ).
Pengerusi MAIWP,Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata,sambutan kali ini merupakan edisi ketiga dengan mencatatkan rekod penyertaan terbesar daripada pelbagai lapisan rakyat.
"Ini merupakan satu inisiatif yang MAIWP lakukan bersama Pusat Pungutan Zakat PPZ supaya masyarakat lebih mengenali MAIWP dan juga aktiviti yang kami lakukan.
"Alhamdulillah ini merupakan satu inisiatif untuk kita mempromosikan kesihatan di kalangan komuniti kita dan juga kebajikan masyarakat," katanya.
Jelasnya,MAIWP RUN 2025 diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan MAIWP dan PPZ di samping menekankan keperluan gaya hidup sihat dalam kehidupan masyarakat dan komuniti OKU.
Tambah beliau,MAIWP dan KoPPZ berjaya mengutip sebanyak RM1.1 billion zakat pada tahun 2024 dan pengagihannya pula menjurus kepada program komuniti untuk memupuk kesedaran tentang perpaduan,kesihatan dan kebajikan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur