2025-01-26 IDOPRESS

FOTO BERNAMA
KUALA TERENGGANU,26 Januari- Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukan suatu petanda bencana,malah ia selamat dimakan.
Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Roslizawati Ab Lah menjelaskan bahawa setiap kali musim monsun timur laut tiba,kejadian angin kencang,ombak besar,serta struktur pantai tertentu sering menjadi punca banyak kerang terdampar di pesisir pantai.
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa,sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
“Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai,kekuatan ombak,serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim monsun timur laut.
“Tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai. Biasanya,kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun,Dr. Roslizawati mengingatkan bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh penggemar makanan laut yang ingin mengambil peluang mengutip kerang tersebut.
“Kerang yang terkumpul di pantai berkemungkinan terdedah kepada bakteria atau pencemaran air. Oleh itu,penting untuk memastikan ia dibersihkan dengan betul sebelum dimasak,” katanya menambah bahawa fenomena ini menunjukkan kepentingan ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam.
Terdahulu,Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat juga dilaporkan berkata hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang berkenaan sebagai Kelas B dan C,di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP),yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan.
Ruzaidi menasihati orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip,dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria selain menasihatkan pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah.
Sebelum ini,tular di media sosial aktiviti orang ramai menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut itu yang melimpah setelah terdampar di atas pasir di Pantai Sura,Dungun.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur