2025-01-26 IDOPRESS
Foto hiasan
PASIR PUTEH,26 Januari- Kelantan merekodkan permohonan tertinggi untuk Program Rumah Mesra Rakyat (RMR),selain Terengganu,Johor,dan Perak.
Pengerusi SPNB,Datuk Prof. Dr Mohd Azmi Mohd Lila berkata sebanyak 10,579 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah berjaya disiapkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kelantan setakat Disember tahun lalu.
Belia berkata lebih 24,000 permohonan diterima bagi Program RMR di negeri itu oleh pihaknya dari tahun 2002 sehingga Disember tahun lalu.
Daerah Bachok merekodkan permohonan paling tinggi iaitu 3,488,diikuti Pasir Puteh dengan 2,865 pemohon.
"Untuk tahun ini seluruh Malaysia,kerajaan memperuntukkan sebanyak RM504 juta untuk membina sebanyak 5400 buah rumah kepada pemohon-pemohon Rumah Mesra Rakyat yang kita telah tapis,yang layak diluluskan diberikan rumah bawah skim ini",katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan cek kepada Tuan Nor Azizah Tuan Mat Zin bagi tuntutan pampasan insurans RMR dan program tanggungjawab sosial (CSR) di Pasir Puteh.
Pampasan insurans itu adalah sebahagian daripada perlindungan yang disediakan oleh SPNB kepada pemilik RMR,bertujuan membantu mereka menampung kos penggantian dan pembaikan rumah yang rosak sekiranya berlaku bencana.
Menurutnya,sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan hak para pemilik RMR,SPNB komited untuk menangani setiap aduan dengan teliti dan memastikan semua isu diselesaikan dengan sebaik mungkin,walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur