2025-01-26 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,26 Januari – ASEAN sedang mempergiat usaha tenaga hijau dan inovasi digital bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan serta mengekalkan kedudukannya dalam perdagangan global.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata industri di rantau ini kini sedang menyesuaikan semula rantaian bekalan dengan memberi penekanan kepada aspek daya tahan.
Sementara itu,penggubal dasar bekerjasama untuk mengurangkan risiko dan merebut peluang baharu.
“Mengemudi hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menjadi faktor penting bagi Malaysia dan ASEAN kerana rantaian bekalan adalah sangat kritikal untuk rantau ini. Banyak syarikat terlibat dengan kita dan mereka kini membuat penyesuaian berdasarkan daya tahan,keselamatan serta pertimbangan komersial.
“Sebagai penggubal dasar,ketika kita melibatkan diri dengan jiran dan rakan kongsi,kepelbagaian dan pengurangan risiko mesti menjadi keutamaan,” katanya melalui hantaran video di media sosial sempena Forum Ekonomi Dunia 2025.
Tengku Zafrul turut menjelaskan,Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara adalah sejajar dengan usaha serantau seperti Grid Kuasa ASEAN bagi memastikan akses kepada tenaga boleh baharu.
Tambahnya,kemajuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital turut menawarkan peluang pertumbuhan yang signifikan,meskipun menghadapi cabaran seperti sekatan eksport cip.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur