2025-01-26 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,25 Januari – Keputusan Moody’s Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A3 dianggap sebagai pengiktirafan terhadap komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan pembaharuan fiskal walaupun berdepan cabaran ekonomi global dan geopolitik.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyifatkan penarafan itu sebagai bukti keberkesanan usaha kerajaan MADANI dalam membawa perubahan struktur dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi serantau.
“Pada tahun ini,kerajaan akan mempercepatkan pembaharuan fiskal dan ekonomi melalui Belanjawan 2025,termasuk memprioritikan pelaburan berkualiti untuk pekerjaan berpendapatan tinggi serta mempercepat pembangunan infrastruktur bersepadu,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah Anwar,kerajaan optimis pertumbuhan ekonomi akan kekal teguh,dengan unjuran antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini.
Dalam usaha konsolidasi fiskal,defisit dijangka turun daripada 4.3 peratus pada 2024 kepada 3.8 peratus pada 2025,selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Sebagai langkah strategik,kerajaan juga akan memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 untuk menerajui kerjasama ekonomi rantau ini ke arah manfaat bersama.
Dalam laporan terbaharunya,Moody’s menyatakan Malaysia sebagai antara ekonomi paling pesat berkembang dalam dua tahun akan datang,disokong oleh kestabilan harga,kepelbagaian struktur ekonomi,dan pasaran modal yang kukuh.
Prospek pertumbuhan jangka sederhana turut memberangsangkan,dengan kekuatan struktur kredit negara merangkumi daya saing,kestabilan harga yang menggalakkan perbelanjaan,pasaran modal domestik yang kukuh,dan sistem kewangan sofistikated.
Sokongan politik yang stabil juga diiktiraf sebagai pemangkin kepada pelaksanaan pembaharuan struktur dan institusi yang signifikan,termasuk penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 serta perundangan lain.
Moody’s menegaskan,usaha kerajaan itu mampu memastikan kestabilan ekonomi dan mendorong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur