2025-02-06 HaiPress

Tanah di belakang rumah Rumah Telajan,Ulu Budu runtuh selepas hujan tanpa henti sejak semalam/Foto APM Sarawak
SARATOK,5 Februari – Sebanyak 11 pintu,Rumah Telajan,Ulu Budu,di sini berdepan detik cemas apabila tanah runtuh di belakang rumah mereka akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
Tanah runtuh secara tiba-tiba itu turut menjejaskan struktur rumah panjang yang didiami 62 ahli rumah.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok,Leftenan Nur Athirah Batu,berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk sekitar pukul 9.10 pagi tadi.
"Kejadian ini melibatkan 11 pintu yang terjejas akibat tanah runtuh. Pihak APM telah memasang pita amaran supaya penduduk rumah panjang berhati-hati kerana masih terdapat pergerakan tanah di bahagian ruang tamu,yang tidak selamat untuk diduduki.
"Bagaimanapun,kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,dengan kerosakan hanya membabitkan bahagian dapur penduduk seperti tandas dan peralatan dapur," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Setakat pukul 2.00 petang,tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi mangsa kejadian.
Penduduk sekitar dinasihatkan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok di talian 083-436094 atau 0113-1413012 sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur