2025-02-06 HaiPress

Foto BERNAMA
SEPANG,5 Februari- Presiden Uzbekistan,Shavkat Mirziyoyev berlepas pulang setelah menamatkan sesi lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Keberangkatan pulang Mirziyoyev dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diiringi upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Mirziyoyez dan delegasi berlepas ke Tashkent menaiki pesawat Uzbekistan Airways pada pukul 8.50 malam.
Turut mengiringi kepulangan beliau,Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kunjungan Mirziyoyez kali ini menyasarkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan,pelancongan,teknologi dan sektor utama yang lain,sekali gus memperkukuh hubungan bilateral Uzbekistan-Malaysia.
Pada sesi pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,persetujuan turut dicapai dalam usaha memperkukuh bidang pendidikan tinggi serta institut penyelidikan.
Selain bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat agar saling kenal dan memahami persamaan mahupun perbezaan kedua-dua negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur